Thursday, 31 October 2013

AKU YANG TIDAK SEMPURNA~

بسم الله الرحمن الرحي
Assalamualaikum wbt...


Pernah aku terfikir, di manakah noktah akhir segalanya ini...
Sehingga pada satu tahap aku rasakan andai aku tak mampu, 
akan aku lepaskan semuanya...
Segala-galanya yang indah tentang kita...
Untuk apa bersama andai lebih banyak mengundang derita padanya...
Aku mengerti andai tiba saatnya dia takkan mampu bertahan lagi...
Aku tidak sempurna untuk selalu menyempurnakan dirinya...


Sekian, Wassalam.

MOHON PENGERTIAN~

بسم الله الرحمن الرحي
Assalamualaikum wbt...

Hidup ni kadang tak lekang daripada ujian dan dugaan. Orang kata untuk kurangkan beban ujian yang kita tanggung perlu untuk kita kongsi masalah tu dengan orang-orang sekeliling kita. Maksudnya orang yang kita benar-benar percaya, atau mungkin orang yang kita sayang. Tapi kadang-kadang tidak semua perkara kita selesa untuk berkongsi dengan orang sekeliling kita. Ada perkara yang kita rasa kita boleh handle sendiri. Lebih daripada tu, tak nak menyusahkan hati orang-orang yang disayangi.

Macam tu jugaklah aku. Aku lebih selesa untuk berkongsi, bercerita tentang perkara-perkara yang menggembirakan. Tapi satu kelemahan aku. Susah untuk aku sembunyikan rasa hati apabila tiba saat aku diuji. Kenapa? Namun, untuk "dia" yang mengerti, (aku tahu dia SANGAT-SANGAT mengerti dan memahami) mohon diberikan sedikit ketabahan dalam mendepani insan bernama Nor Eda Zainudin ini. Sesungguhnya terlalu jauh diri ini daripada sempurna apatah lagi untuk menyempurnakan dirinya. 


Sekian, Wassalam.


Monday, 28 October 2013

DIA YANG MAHA MENGETAHUI~

بسم الله الرحمن الرحي
Assalamualaikum wbt...



Saat aku merasa dugaan hidup tak pernah berhenti, tak pernah lepas, tak pernah putus daripada hidup ini, aku tahu yang DIA sedang menguji. Menguji tahap sabar dan melihat sejauh mana aku mampu berdepan dengan semua yang sudah sememangnya tersurat sejak azali untuk membolehkan aku muhasabah kembali hikmah yang tersirat kini. Namun, sebagai manusia biasa, kadang aku bertanya sendiri, bilakah ia akan berakhir? Sungguh kadang aku benar-benar lemah, semakin tidak kuat. Luaran aku terlihat "begini" sebaliknya dalaman yang tersirat itu bukanlah yang terlihat oleh mata kasar.


Namun, beruntungnya aku mempunyai insan-insan yang benar-benar mengambil berat hal diri ini. Terlalu prihatin, terlalu menyayangi. Alhamdulillah, bersyukur aku di situ kerana mereka inilah yang senantiasa memberikan semangat dan dorongan yang tidak berbelah bahagi, yang tidak pernah berkira tentang apa sahaja. Mereka yang tak pernah berhenti mahu melihat kejayaan dan kebahagian diri ini. Sesungguhnya, aku terlalu dan teramat bersyukur untuk itu. 

Aku tahu aku takkan pernah merasa kuat tanpa mereka Ya ALLAH. Ya ALLAH, bahagiakanlah insan-insan ini. Pelihara mereka di setiap langkah dan perlakuan mereka. Kasihani mereka setiap detik dan ketika. Amin.

Sekian, Wassalam.


Thursday, 24 October 2013

MUARA HATI INI~

بسم الله الرحمن الرحي
Assalamualaikum wbt...


rindu
sayu
pilu


terlalu banyak yang ingin aku titipkan...
terlalu banyak yang ingin aku luahkan...
namun kekangan memaksaku menahan...
biarkan segalanya berlalu...
sampai saatnya akan aku beritakan...
satu demi satu...
perlahan-lahan...


Sekian, Wassalam.

Tuesday, 22 October 2013

HENDAK KUPERCAYA GERAK HATI??~

بسم الله الرحمن الرحي
Assalamualaikum wbt...


Orang kata, kadang-kadang gerak hati kita boleh dipercayai. Tapi mana aku nak cari jawapan tu?? Buntu.


Sekian, Wassalam.


Monday, 21 October 2013

MENANTI~

بسم الله الرحمن الرحي
Assalamualaikum wbt...

Ada perkara yang menyentuh hati aku hari ini. Buat aku terfikir sepanjang hari.



Dari detik ke detik, aku tetap menanti. 
Menanti pasti.

Sekian, Wassalam


Wednesday, 16 October 2013

UNTUK DIA~

بسم الله الرحمن الرحي
Assalamualaikum wbt...

Tak pernah aku sangka dia yang akan aku cinta dan sayang sampailah saat ni. Kekal. Tak pernah aku rasa berbelah bahagi untuk menyanyanginya, mencintainnya. Aku akan selalu rasa dia lah yang pertama dan terakhir. Dia belum pernah menghilangkan rasa debar dalam hati ni sebagaimana saat pertama kali aku "terjatuh" cinta kepadanya. Dari awal perkenalan sehinggalah sekarang iaitu hampir lapan tahun perkenalan, setiap kali melihat mata dan memandangnya tak pernah sekali hati ini berhenti merasakan debar. Sebolehnya mesti aku akan cuba kalihkan pandangan aku daripada matanya. 

Aku sendiri dapat rasa kasih sayang aku untuk dia sentiasa bertambah dari hari ke hari. Tak pernah berkurang. Sentiasa subur dan mekar. Walaupun kadang aku tak pasti apakah dia juga berasa sesuatu yang sama seperti aku. Tapi, aku tahu dari sikap dan perlakuannya, adakalanya aku dapat merasa kasih sayang dia untuk aku melebihi kasih sayang aku kepadanya. Aku terlalu menghargai setiap perkara yang dilakukannya untuk aku. Cuba buat aku gembira, cuba buat aku bahagia dan sentiasa mengambil berat tentang semua keadaan aku. Tidak kira ketika sakit dan sihatku. 

Dan terlalu banyak perkara tentangnya yang menyenangkan hati ini. Tak pernah rajukku dibiarkannya. Walaupun aku tahu terkadang dia memiliki egonya sendiri namun pada saat-saat aku merajuk (mengada-ngada), aku dapat melihat sikap sabar dan mengalahnya. Sedaya upaya dia akan cuba memujuk walaupun dia selalu mengatakan yang dia tak pernah pandai untuk memujuk. Tanpa dia tahu, terkadang sikapnya yang sabar dan sentiasa mengalah itu membuatkan aku rasa terpujuk. Namun selalu juga aku terfikir, sampai bilakah sabarnya itu untuk selalu berdepan dengan sikapku yang adakalanya mungkin membuatkannya bosan suatu hari nanti. Mudah-mudahan dijauhkan perasaan sebegitu daripadanya kerana aku terlalu sayangkannya. Moga segala rajuk antara aku dan dia akan kekal sebagai gurau senda pengerat kasih sayang antara kami berdua. Entah kenapa aku terlalu rindu dia malam ni. T_____T *sobs*


Syg takkan pernah berhenti untuk sayang dan cintakan B. Sampai bila-bila.
Terlalu rindu.


Sekian, Wassalam.