Monday, 28 October 2013

DIA YANG MAHA MENGETAHUI~

بسم الله الرحمن الرحي
Assalamualaikum wbt...



Saat aku merasa dugaan hidup tak pernah berhenti, tak pernah lepas, tak pernah putus daripada hidup ini, aku tahu yang DIA sedang menguji. Menguji tahap sabar dan melihat sejauh mana aku mampu berdepan dengan semua yang sudah sememangnya tersurat sejak azali untuk membolehkan aku muhasabah kembali hikmah yang tersirat kini. Namun, sebagai manusia biasa, kadang aku bertanya sendiri, bilakah ia akan berakhir? Sungguh kadang aku benar-benar lemah, semakin tidak kuat. Luaran aku terlihat "begini" sebaliknya dalaman yang tersirat itu bukanlah yang terlihat oleh mata kasar.


Namun, beruntungnya aku mempunyai insan-insan yang benar-benar mengambil berat hal diri ini. Terlalu prihatin, terlalu menyayangi. Alhamdulillah, bersyukur aku di situ kerana mereka inilah yang senantiasa memberikan semangat dan dorongan yang tidak berbelah bahagi, yang tidak pernah berkira tentang apa sahaja. Mereka yang tak pernah berhenti mahu melihat kejayaan dan kebahagian diri ini. Sesungguhnya, aku terlalu dan teramat bersyukur untuk itu. 

Aku tahu aku takkan pernah merasa kuat tanpa mereka Ya ALLAH. Ya ALLAH, bahagiakanlah insan-insan ini. Pelihara mereka di setiap langkah dan perlakuan mereka. Kasihani mereka setiap detik dan ketika. Amin.

Sekian, Wassalam.


No comments:

Post a Comment