Monday, 24 June 2013

LUMRAH HIDUP~

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt...

Hai..Hai..Hai..
Alhamdulillah. Allah sentiasa memberi aku kesihatan yang sangat baik. Aku akui itu sebab walaupun kadang-kadang aku akur yang aku kurang menjaga kesihatan dalam kesibukan aku bergelar seorang guru, namun Allah sentiasa melindungi dan memelihara kesihatan tubuh badanku. Syukur. Semoga aku terus diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan. Amin.

Entah mengapa malam ni terlalu banyak rasa yang ingin aku luahkan. Terlalu banyak yang ingin aku ceritakan dia ruangan maya ini. Namun, aku tidak tahu di manakah harus aku bermula. Selalu aku tanya pada hati sendiri, "Kenapa harus aku yang diuji?". Lantas aku sedar bahawa nikmat dan kesenangan daripada Allah takkan datang tanpa kita merasai kepahitannya terlebih dahulu. Untuk mengecap setiap kemanisan, terlebih dahulu kita perlu merasai pahitnya sebuah dugaan dan cabaran. Aku redha dengannya.

Namun, walaupun di bibir berulang kali mengucapkan kata-kata yang aku redha dengan segala-galanya, mengapakah dalam hati ini tak sepenuhnya ikhlas membenarkan apa yang diungkapkan oleh bibir? Nyatalah aku ini masih belum ikhlas meredhakan dugaan yang aku tempuh dalam sepanjang hidup bergelar insan ini. 

Bukan kehidupan andai kata kita tak pernah ditimpa masalah. Belajar untuk menerima dengan hati yang sebenar-benar ikhlas setiap dugaan yang telah ditentukan untuk kita. Aku akan terus kuat dan kuat, sabar dan sabar kerana aku akui diri ini hamba yang adakalanya sentiasa mungkir pada janji-janji-Mu.

Sekian, Wassalam.
 

BELAJAR UNTUK REDHA~

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt...

Hai..hai..hai..
Hari ni, 24 Jun 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pengumuman tentang senarai penempatan untuk posting. Teruja, takut dan risau nak cek. Dup dap dup dap je dalam hati ni bila dapat tahu senarai nama dah keluar. Takut dan risau kalau-kalau dapat posting di Sabah atau Sarawak. Jauh kot nak tinggalkan keluarga. Tapi dalam berdebar tu kuatkan hati juga untuk cek.

Lepas tarik nafas, terus buka web untuk cek nama posting. Huhh! Berdebar rasa. Buka mata tengok tempat posting di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan tarikh posting adalah pada 1 Julai 2013. Alhamdulillah sebab nama bukan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah atau Sarawak. Syukur di situ. Namun, yang masih menjadi persoalan ialah sekolah manakah nanti aku akan di tempatkan memandangkan pihak KPM hanya memberitahu nama jabatan sahaja. 

Pelbagai versi timbul yang mana ramai rakan-rakan aku menyatakan guru interim akan di tempatkan di sekolah interim dalam erti kata mudah kekal di sekolah lama. Tekanan sebenarnya bila memikirkan aku harus mengajar di sekolah sama iaitu sekolah yang sedang aku interim (SMK Taman Universiti 2, Skudai). Kalau boleh aku nak mengajar di sekolah yang dekat dengan keluarga aku iaitu sekitar daerah Kluang, namun aku harus bersyukur sebenarnya kerana Allah sentiasa memberikan laluan yang mudah dalam proses penempatan posting aku. Aku tak perlu melalui interview, dapat berkhidmat sebagai guru interim dan Allah telah memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada aku sebenarnya. Sekali lagi syukur pada-Mu Ya Rabb.

Sebenarnya aku tak kesah pun andai kata aku perlu mengajar di sekolah lama. Namun, ada sesetengah perkara "DI SINI" yang membuatkan aku sedikit patah semangat untuk terus mencurahkan bakti sebagai guru di sini. Tak mengapalah. Mungkin ada hikmah yang sudah Dia tentukan. Entry akan datang, aku akan luahkan rasa hati aku kenapa aku sedikit patah semangat di sini. Sampai jumpa lagi. 
 


Sekian, Wassalam.

Friday, 21 June 2013

AKU DATANG~

  بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum wbt...

Hai..hai..hai..
Teruja rasa hati sebab dapat menulis blog lagi! Okeh. Sebelum ni memang dah ada blog tapi disebabkan masalah teknikal (tak ada lah masalah teknikal sangat, aku ni hah yang lupa password blog lama). Tiba-tiba pulak rasa macam nak menulis blog lagi. Jadi, tanpa ragu-ragu lagi was-was terus buat blog baru. Yeayyy!

MyEm0.Com

Besar harapan diri sendiri ini agar aku akan terus konsisten untuk berblog semula. Kenapa? Sebab aku rasa hanya melalui blog ini sahaja aku dapat meluahkan segala rasa hati, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara. Harap blog ini dapat menjadi teman setia mendengar luahan rasa hati aku. Sebab tu nama blog pun "Coretan Kehidupan Luahan Rasa". Gedik! 

MyEm0.Com

Hidup sebagai manusia ni takkan dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai masalah hidup tapi itu semua sebenarnya lumrah. Selagi kita bernama manusia dan hidup di muka bumi ni, ALLAH akan terus menguji sebab kita sendiri takkan tahu sejauh mana kuatnya, sabarnya dan tabahnya kita kalau tidak diuji. Betulkan? Baiklah, cukup sampai sini dululah untuk entri pertama ni. Panjang pulak membebel kan? *Heee. Nampak sangat gian nak menulis blogkan. Huhu. 

Sekian, Wassalam.