بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt...
Hai..hai..hai..
Hari ni, 24 Jun 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pengumuman tentang senarai penempatan untuk posting. Teruja, takut dan risau nak cek. Dup dap dup dap je dalam hati ni bila dapat tahu senarai nama dah keluar. Takut dan risau kalau-kalau dapat posting di Sabah atau Sarawak. Jauh kot nak tinggalkan keluarga. Tapi dalam berdebar tu kuatkan hati juga untuk cek.
Lepas tarik nafas, terus buka web untuk cek nama posting. Huhh! Berdebar rasa. Buka mata tengok tempat posting di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan tarikh posting adalah pada 1 Julai 2013. Alhamdulillah sebab nama bukan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah atau Sarawak. Syukur di situ. Namun, yang masih menjadi persoalan ialah sekolah manakah nanti aku akan di tempatkan memandangkan pihak KPM hanya memberitahu nama jabatan sahaja.
Pelbagai versi timbul yang mana ramai rakan-rakan aku menyatakan guru interim akan di tempatkan di sekolah interim dalam erti kata mudah kekal di sekolah lama. Tekanan sebenarnya bila memikirkan aku harus mengajar di sekolah sama iaitu sekolah yang sedang aku interim (SMK Taman Universiti 2, Skudai). Kalau boleh aku nak mengajar di sekolah yang dekat dengan keluarga aku iaitu sekitar daerah Kluang, namun aku harus bersyukur sebenarnya kerana Allah sentiasa memberikan laluan yang mudah dalam proses penempatan posting aku. Aku tak perlu melalui interview, dapat berkhidmat sebagai guru interim dan Allah telah memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada aku sebenarnya. Sekali lagi syukur pada-Mu Ya Rabb.
Sebenarnya aku tak kesah pun andai kata aku perlu mengajar di sekolah lama. Namun, ada sesetengah perkara "DI SINI" yang membuatkan aku sedikit patah semangat untuk terus mencurahkan bakti sebagai guru di sini. Tak mengapalah. Mungkin ada hikmah yang sudah Dia tentukan. Entry akan datang, aku akan luahkan rasa hati aku kenapa aku sedikit patah semangat di sini. Sampai jumpa lagi.
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment