بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt...
Awal-awal pagi dah datang menjengah blog. Huhu. Entah kenapalah mata ni susah pulak nak lelap. Mata ni sebenarnya daripada tadi ngantuk. Badan pulak sangatlah penat. Tapi bila hati sedang susah dan berduka macam ni la jadinya. Otak tak henti berfikir. Melayang-layang entah ke mana. T__T
Selalu tertanya-tanya, antara aku dan dia kenapa selalu begini? Selalu berselisih pendapat, selalu nak bermasam muka. Hmmm. Aku sendiri tiada jawapannya. Yup, aku mengaku perkara-perkara macam ni berlaku pun mungkin disebabkan sikap aku yang kadang-kadang suka mengikut emosi. Perkara kecik pun aku nak besar-besarkan. Entahlah.
Sebenarnya aku sedikit kecewa bila puas menunggu mesej dia tapi hampa bila mesej yang dinanti tiada seperti waktu kebiasaannya. Last-last dapat call daripada dia. Masa tu pun sebenarnya mood aku dah tak ada. Huhu. Tapi sebenarnya itu yang aku tunggu-tunggu. Disebabkan ego dan mengada-ngada sengaja aku biar perbualan antara aku dan dia sepi. *___*
Dan bila dia cuba sampaikan sesuatu yang buat aku fikir dia tak berpuas hati dengan sikap aku, aku terus rasa jauh hati atau lebih tepat sebenarnya aku terasa hati dengan dia. Pendek akal betul masa tu sebab terus je letak phone, malas nak cakap atau dengar dia bercakap. Tak berfikir panjang langsung. Punyalah dia berusaha lepas tu call aku tapi aku memang dah tak ada mood nak dengar apa-apa. Last-last sebenarnya aku kecewa dengan diri aku sendiri sebab buat macam tu. Aku tahu aku tak patut buat dia macam tu. Sepatutnya perkara macam tu boleh diselesaikan elok-elok tapi disebabkan sikap aku, segalannya jadi macam ni. Yup, aku kecewa dengan diri sendiri.
Aku terlalu sayangkan dia dan hubungan ni. Tapi kadang-kadang pernah sampai pada satu tahap aku rasa aku tak sampai hati nak teruskan hubungan ni. Bukan sebab aku dah tak sayang tapi sebab aku rasa dia terlalu banyak mengalah dengan sikap aku. Hmmm, khuatir seandainya satu masa nanti akan ada hari yang dia akan merasa bosan dengan sikap aku. Tapi aku tak sampai hati jugak untuk lepaskan rasa sayang dan cinta untuk dia macam tu je. Aku sayang dia sepenuh hati, sepenuh perasaan. Manakan ada pengganti dia andai ini terjadi. Tak mudah sebenarnya untuk aku lepaskan dia. Dia terlalu menjaga hati aku, terlalu melindungi aku. T_____T
Aku tahu sedikit sebanyak dia kecewa dengan sikap aku. Hmm. Aku tak pernah harap perkara macam ni berlaku dalam hubungan aku. Aku mahu yang terbaik untuk aku dan dia. Aku berharap untuk itu. Tapi siapa aku untuk melawan takdir-Nya. Ya Allah, aku sayang dan kasihkan dia sepenuh hati ini. Peliharalah hubungan antara kami. Amin.
Sekian, Wassalam.