بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt...
Hai..Hai..Hai..
Alhamdulillah. Berblog lagi. Heee. Banyak yang nak diceritakan. Minggu ini boleh jadi minggu yang sangat memenatkan buat seorang guru seperti aku. Jumaat merupakan hari terbuka dan sabtu merupakan Acara Kejohanan Sukan dan Balapan Padang bagi sekolah aku iaitu SMK Taman Universiti 2, Skudai. Sebelum itu, hari isnin sebenarnya menjadi hari yang sangat memenatkan untuk aku sebab pagi aku perlu menghadirkan diri terlebih dahulu ke SMK Mohd Khalid untuk urusan lapor diri penempatan guru.
Penat sebab pagi sehingga lebih kurang pukul 12.15 aku di sana dan petang pula aku terpaksa mengajar. Huhu. Habis kudrat satu hari. Penat tak penat, tanggungjawab dan amanah wajib dipikul dan satu perubahan yang aku dapat rasa hari demi hari ialah aku semakin tenang menerima segala qada' dan takdir yang telah Dia suratkan untuk aku. Walaupun tenang yang aku rasa tidaklah ternikmati secara drastik namun, aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya setiap hari hati aku terdetik rasa redha untuk terus menerima takdir itu. Bersyukur.
Benarlah kata orang, apabila kita memilih jalan untuk sentiasa membahagiakan diri sendiri dan menerima segala apa yang ditakdirkan, maka hati kita akan kembali tenang dan tenteram sedikit demi sedikit. Aku akan terus memilih untuk mencipta bahagia dengan cara aku sendiri sehingga tak akan ada terdetik dalam hati ini "Kenapa aku ya Allah?". Aku akan selalu ingat satu perkara iaitu hidup ini akan menjadi indah seandainya kita sendiri yang menginginkannya begitu dan cuba merealisasikannya sebegitu. Untuk terakhir kali, "Aku sedia memilih untuk bahagia".
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment