Tuesday, 2 July 2013

PERANCANGAN MASA HADAPAN~

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt...

Hai..Hai..Hai..
Tak puas rasanya publish satu entry tadi. Haha. Sambil-sambil berblog, sambil-sambil berbueno. Huhu. Sedap. Kerja sekolah banyak dah dibereskan dan kalau ada pun terpaksa di'hold' terlebih dahulu memandangkan ada kerja-kerja yang pending tiba-tiba. Bila tak ada kerja ni bolehlah nak berblog bagai kannn. Hehe. ^__^

Kalau nak cerita kehidupan selepas bekerjaya ni memang sangatlah sibuk. Sibuk atau penyibuk?? Haha. Entahlah. Kadang banyak benda yang aku suka buat dulu terpaksa dilupakan sementara waktu antaranya hobi utama aku iaitu membaca novel. Rindu kenangan berjaga sampai ke pagi semata-mata nak habiskan baca novel. Tapi sekarang memang tak ada masa la nak buat macam tu. Kalau berjaga pun sebab siapkan kerja-kerja sekolah yang tertangguh. Tapi, aku tak terkilan pun sebab kadang-kadang bila berkelapangan aku akan cuba jugak curi masa untuk baca novel-novel yang sekarang ni banyak yang belum aku usik. Kadang-kadang sekadar bawa balik ke rumah sewa je tapi nak baca langsung tak sempat. Sempat pandang je. T___T

Macam mana pun itulah yang dinamakan kehidupan. Ada waktu-waktu kita sibuk sangat dan ada waktu-waktu yang kita akan rasa bosan sangat bila tak ada kerja yang dilakukan. Lumrah manusia la kan. Bila aku dah punya kerjaya sendiri ni aku rasa bersyukur sangat sebenarnya sebab aku sendiri punya perancangan masa depan dan perkara pertama yang aku fikir bila dan punya kerjaya yang sebenar-benar kerjaya ni ialah aku nak balas balik jasa mak dan ayah aku. Kalau cakap nak balas tu memang takkan terbalas rasanya jasa-jasa mereka ni tapi sekurang-kurangnya aku nak jadi anak yang tahu mengenang jasa mereka. 

Rasa puas sebenarnya bila dapat berbakti kepada kedua-dua orang tua kita ni. Nikmat tak terkata. Dan bila dah punya kerjaya ni, banyak perancangan yang terlintas dalam kepala ni. Bila nak kahwin, bila nak ada aset sendiri macam rumah dan kereta, bila nak pergi melancong. Errk. Itu tak ada dalam perancangan secara langsung pun. Hehe. Namun, aku sentiasa berharap yang terbaik daripada Allah dalam perancangan-Nya yang mana Dia merupakan sebenar-benar perancang. Semoga jodoh aku dan dia dipermudahkan, rezekiku dimurahkan, kesihatanku dipelihara sepanjang masa dan hidupku diberkati.  Amin. InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.


1 comment: